Eksperimen 2
KALEIDOSKOP
Kaleidoskop disebut "ka-li-dos-kop". Kaleidoskop adalah satu teropong cermin yang mempunyai cebisan
kecil berwarna seperti manik. Pemerhati akan melihat salah satu hujung dan cahaya memasuki hujung yang satu
lagi akan memantulkan imej di cermin Kaleidoskop. Konsep kaleidoskop adalah multiple reflections atau
pantulan berganda di cermin Kaleidoskop. Imej yang terhasil sangat cantik menyebabkan penciptanya iaitu
Sir David Brewster menamakannya Kaleidsokop iaitu observer of beautiful forms atau pemerhati bentuk yang
cantik pada tahun 1817.
Bahan yang diperlukan adalah:
Salotep
Gunting
Plastik tebal (3cm x 3cm)
Kertas Keras & Kertas kilat/ silver Mylar
Manik @ wayar yang dipotong kecil
Langkah-langkah eksperimen
1. Susun kad / silver Mylar (seperti gambar di bawah) dan jarakkan sedikit.
2. Lekatkan dengan salotep supaya ketiga-tiga kad/ silver mylar tidak berpisah (seperti gambar di bawah)
3. Sekarang, lipat kad /silver mylar membentuk seperti teropong segitga (seperti gambar di bawah) dan lekatkan dengan menggunakan salotep.
4. Kemudian, tutup salah satu segitiga tadi dengan menggunakan plastik tebal (seperti gambar di bawah).
5. Masukkan manik /cebisan wayar ke dalam teropong segitiga (seperti gambar di bawah) dan tutup hujung yang
satu lagi seperti langkah 4.
6. Akhir sekali, tutup hujung yang satu lagi seperti langkah 4 dan Kaleidoskop adik dah pun siap.
Eksperimen 1
Telur di dalam botol? Pelik tapi tidak mustahil. Kita akan lakukan eksperimen ini.Jom kita cuba buat.
Apa yang adik-adik perlukan adalah:
Telur yang telah direbus
Botol yang mulutnya sedikit kecil dari saiz telur.
Mancis
Sedikit minyak masak untuk melicinkan permukaan luar telur.
Apa yang perlu adik-adik lakukan adalah:
1. Kupas kulit telur sehingga bersih
2. Sapukan sedikit minyak masak bagi melicinkannya.
3. Letakkan botol di tempat yang rata.
4. Lakukan ini dalam masa sesegera yang mungkin. Nyalakan mancis,masukkan terus ke dalam botol dan letakkan telur di atas botol.
Apa yang mungkin terjadi?
Anda akan lihat yang telur tersebut secara perlahan disedut ke dalam botol .
Apa yang sebenarnya terjadi?
Apa yang sebenarnya terjadi? Sebenarnya, apabila adik-adik memasukkan mancis yang menyala ke dalam botol, udara di dalam botol akan menjadi panas,mengembang dan keluar dari botol. Kemudian, udara di dalam botol kembali sejuk dan mengecut seterusnya menarik telur sedikit ke dalam botol dan mewujudkan keadaan kedap udara di mulut botol.
Ini bermaksud, tekanan udara di dalam botol lebih rendah berbanding di luar dan membolehkan tekanan tinggi di luar menolak masuk telur ke dalam botol. Disebabkan telur rebus bersifat anjal dan fleksibel, adik-adik berjaya memasukkan telur ke dalam mulut botol yang lebih kecil dari sangkaan adik.
Selamat Mencuba!
0 comments:
Post a Comment