Kita sedia maklum, Matahari adalah sumber cahaya utama di alam semesta ini terutama Sistem Suria kita.
GERHANA BULAN
Gerhana Bulan berlaku apabila Bulan – Bumi – Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus.Apabila kejadian atau situasi di atas berlaku, cahaya Matahari akan dihalang oleh objek yang amat besar. Gerhana Bulan dihalang daripada menerima cahaya Matahari kerana bayang-bayang Bumi.
Jangan terkeliru dengan fasa bulan! Fasa bulan berlaku dalam tempoh 28 hari,
di mana bula berputar mengelilingi Matahari dalam tempoh tersebut. Sedangkan
gerhana Bulan hanya berlaku pada ketika bulan purnama (full moon) kira-kira
13-17 hb hijrah… Di mana perubahan bentuk Bulan hanya berlaku pada malam yang
sama.
GERHANA MATAHARI
Gerhana Matahari berlaku apabila Bumi – Bulan- Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus. Gerhana Matahari pula berlaku apabila sebahagian atau keseluruhan Matahari
dilindung oleh objek yang besar iaitu Bulan.
Bayang-bayang Bulan yang besar menutup bahagian kecil Bumi menjadikan
sekitarnya menjadi gelap-gelita – seperti malam, dan berlaku pada masa yang
singkat sahaja.Sekiranya kita berada dalam situasi gerhana Matahari, kita tidak boleh
melihat Matahari secara langsung. Ini kerana cahaya Matahari yang sangat tajam
boleh merosakkan titik fokus dalam mata yang boleh menyebabkan buta.
Jadi, gunakanlah alat bantu yang sesuai, seperti negatif filem hitam yang
ditindih kira-kira 3 keping, atau melalui besen berisi air, atau cermin mata
khas seperti gambar di atas (bukan cermin mata 3D yang diberi pinjam di
pawagam! Itu tidak boleh!).
Salah satu kejadian unik yang berlaku semasa gerhana Matahari penuh ialah
fenomena gerhana cincin.Ini terjadi kerana bahagian Bulan yang berkawah tidak menutupi selengkapnya
bahagian Matahari. Oleh sebab itu, bahagian tertentu itu melimpahkan cahaya
Matahari seperti batu cincin yang berkilau.
0 comments:
Post a Comment